Thursday, June 9, 2011

Melakar Wajah Secara Online

Sila share dan like jika anda meminati post ini :)

Tidak dapat jadi CSI pun tidak mengapa, asalkan dapat buat sesuatu ‘ala-ala’ CSI pun sudah cukup menyeronokkan. Flashface membolehkan anda melakar wajah dalamformat flash mengikut citarasa sendiri. Tentunya anda tidak akan melakar sebarangan tetapi kalau sekadar ingin mencuba apa salahnya. Namun setelah mahir, anda boleh benar-benar melakar wajah seseorang setepatnya atau mungkin hampir-hampir tepat.

Terdapat pilihan rambut, bentuk kepala, kening, cermin mata, mata, hidung, misai (jika ada), mulut dagu dan janggut (jika ada) yang boleh anda tetapkan. Bagi satu-satu bentuk, terdapat berpuluh-pulh pilihan yang boleh anda pilih. Semuanya ‘baik-baik’sahaja, cuma hidung sahaja agak kurang memuaskan. Anda boleh menggerakkan bentuk pelbagai arah untuk mendapatkan imej yang sesuai. Kerana namanya punFlashface, anda hanya boleh melakar wajah sahaja. Bentuk badan nampaknya masih belum ada lagi.

Masa untuk satu-satu bentuk dipaparkan bergantung kepada kelajuan pelayan. Ada masa-masanya ia akan terus terpapar apabila anda klik dan ada masa-masanya juga anda sempat berjalan-jalan keliling meja barulah imej akan terpapar (macam biasa buat sahaja). Setelah selesai, kerja-kerja lakaran anda masih belum selesai. Anda juga boleh menentukan lebar dan panjang wajah secara klik bentuk dan kemudian klik pada bahagian Item Scaler serta lihat perubahan wajah. Item Opacity pula menentukan tarang atau gelap lakaran wajah anda itu.

Hasilnya hitam putih dan ia boleh disimpan untuk anda kirim kepada individu yang anda lakarkan, atau anda boleh cetak untuk simpanan sendiri, membantu kes tertentu seperti individu hilang dan sebagainya. Lakaran ini juga akan disimpan pada pelayan Flashface dan boleh dilihat oleh individu lain.

Walaupun hasilnya mungkin tidak sama seperti wajah individu asal, tetapi hampir seiras pun sudah memuaskan. Apa pun, bagi mereka yang berjaya melakar betul-betul sama dengan wajah asal, tahniah diucapkan.!

Ruangan Iklan

==>Masa paling sesuai untuk mengeratkan silaturahim? SEKARANG!!!

==>Raya dah nak dekat, jom hantar kad Raya... Special ni!

==>Cara berkesan naikkan trafik !!

==>50,000 shares dan Coca-Cola akan menderma RM50,000! Mari rakyat Malaysia sebarkan semangat Ramadan

No comments:

Post a Comment