Thursday, June 9, 2011

Tanda-tanda Laptop or Komputer Diserang Virus

Sila share dan like jika anda meminati post ini :)

Salam semua pembaca sekalian,serangan virus, serangan Trojan,spyware, SPAM, malware dan sebaginya suatu perkara yang tak boleh dielakkan jika anda menggunakan computer desktop, Laptop dan sebahagian lagi produk IT. Lebih-lebih lagi jika anda selalu melayari internet. Disini saya ingin berkongsi Apakah Tanda Komputer atau Laptop di Serang Virus.

Apakah Tanda Komputer atau Laptop di Serang Virus? Secara umumnya serangan virus laptop, netbook atau computer desktop akan memperlihatkan tanda-tanda berikut:

Lihat Juga Senarai Nama Penyerang Berani Mati Sistem Komputer

  1. Laptop atau computer desktop anda menjadi lembap ketika membukanya.
  2. Terdapat banyak fail-fail yang tak diundang atau tak diketahui mana asalnya.
  3. Beberapa program didalam window anda tidak berjalan dengan sempurna atau tidak boleh membukanya seperti Antivirus, Window Task manager dan sebagainya.
  4. Komputer menjadi restart atau off ketika hendak membuka program tertentu seperti window task manager dan sebagainya.
  5. Aplikasi tertentu didalam system window hilang seperti di window task manager ataupun folder option.
  6. Terdapat logo atau text yang tak diundang pada system properties sistem computer seperti text ini “JAMBANMU DIE!DIE” dan sebagainya. Untuk melihat klik kana pada ikon my computer dan pilih properties.
  7. Program Antivirus tak boleh berjalan dengan sempurna seperti tak boleh update atau scan.
  8. Muncul pelbagai program yang yang tak diundang pada window.
  9. Beberapa fail anda hilang tanpa dikesan.
  10. Terjadi gambar ikon sama pada shortcut didesktop anda sedangkan program adalah berlainan.
  11. Fail program berubah format seperti .exe dan sebagainya.
  12. Tidak boleh membuka kotak run, registry window, command prompt dan sebagainya.
  13. Terdapat badsector pada Flash drive atau hardisk window anda.
  14. Flash drive atau hardisk anda hilang space, label berubah, tidak boleh mengubah label, fail hilang, fail berubah format, tidak dapat save fail, lambat membaca dan sebagai.
  15. Ketika anda menaip pada Microsoft office, bila anda taip huruf yang keluar berlaian sekali dengan huruf yang anda tekan.

Ini adalah sebahagian sahaja tanda Apakah Tanda Komputer atau Laptop di Serang Virus yang biasa anda terkena. Terdapat banyak serangan oleh virus yang sukar untuk dinoktahkan akibat perkembangan pesat virus seiring dengan perkembangan IT.

Ruangan Iklan

==>Masa paling sesuai untuk mengeratkan silaturahim? SEKARANG!!!

==>Raya dah nak dekat, jom hantar kad Raya... Special ni!

==>Cara berkesan naikkan trafik !!

==>50,000 shares dan Coca-Cola akan menderma RM50,000! Mari rakyat Malaysia sebarkan semangat Ramadan

No comments:

Post a Comment