Saturday, October 1, 2011

Cara Menambahkan Trafik 3

Sila share dan like jika anda meminati post ini :)

Tingkatkan trafik menggunakan youtube

bayi, budak kecil, jomphp, youtube, utube, evians, air mineral, iklan best

Tahukan anda bahawa Youtube merupakan laman web ketiga paling popular di dunia? Hanya ketinggalan sedikit berbanding Yahoo.com dan Google.com (sumber:alexa). Youtube mempunyai jutaan hits setiap hari dan jika anda kreatif anda mampu menjadikan youtube sebagai sumber trafik yang baik.

Teknik yang anda boleh gunakan ialah, upload video2 yang popular dan mampu menarik ramai penonton. Kemudian anda boleh letakkan watermark adress blog anda pada video, ataupun letak annotations seperti screenshots di atas. Pada bahagian description anda juga boleh letak url blog anda. Pada bahagian channel anda,jangan lupa letakkan banner atau url ke blog anda juga.

Kuncinya di sini ialah, jadikan video yang anda upload itu sangat popular dan pastinya banyak trafik akan datang ke blog anda.

Tingkatkan trafik dengan dengan Google Webmaster Tools

Anda wajib menggunakan google webmaster tools seperti generate sitemap kemudian add di dalam dashboard google webmaster tools. Ini bertujuan untuk membuat segala content di blog anda di-index oleh googlebots dan dapat meningkatkan trafik melalui search engine.

Tingkatkan trafik dengan yahoo answers

yahoo answers, answers yahoo, yahoo ask, yahoo search, yahoo discover, yahoo explore, yahoo travel

Yahoo answers boleh digunakan untuk anda bertanya dan menjawab soalan. Laman2 yahoo answers biasanya terindex di page2 utama di search engine. Oleh itu anda boleh memanfaatkan yahoo answers sebagai sumber trafik.

Caranya ialah, dengan menggunakan multiple akaun, anda membuat soalan baru seperti “where is the best place to learn about wordpress?”. Kemudian dengan menggunakan akaun lain pula anda menjawab soalan tadi dengan jawapan seperti “You can learn about wordpress and blogger at http://jomphp.com”. Be creative.

Tingkatkan trafik dengan menganjurkan pertandingan/contest

Salah satu teknik yang sangat berkesan untuk menjana trafik dengan cepat ialah dengan menganjurkan pertandingan atau contest kepada pembaca. Jika hadiah yang anda tawarkan sangat lumayan tentulah ramai yang akan berminat. Tetapi anda harus mengeluarkan sedikit modal untuk menyediakan hadiah, atau lebih beruntung sekiranya ada pihak yang ingin sponsor hadiah kontest di blog anda.

Anda juga boleh meletakkan syarat kepada peserta contest anda seperti wajib memberi link back kepada blog anda, atau wajib meletakkan banner. Anda juga boleh menggalakkan peserta contest untuk sebar kepada kawan2 di twitter dan facebook. Yang penting, kena kreatif lah!

Tingkatkan trafik dengan memberi perkhidmatan percuma atau bayaran murah

Jika anda berbakat membuat blog, design menggunakan photshop, pandai melukis atau apa2 kemahiran, anda boleh membuat perkhidmatan secara percuma ataupun dengan bayaran yang sangat murah kepada pengunjung blog anda. Anda juga boleh memberi perisian percuma, games percuma, mp3 percuma dll kepada pengunjung blog anda.

Bina jalinan antara admin blog dengan pengunjung, berikan yang terbaik untuk pengunjung blog, pastinya ramai orang akan suka berkunjung ke blog atau website anda.

Tingkatkan trafik dengan ebook

ebook, buku, electronic book, e-book, success with e-book, membaca

Anda juga boleh menjana trafik menggunakan e-book. Samada anda menjual ebook atau memberi ebook tulisan anda sendiri secara percuma kepada pengunjung blog anda. Jika ebook anda bagus tentulah ramai yang download dan bacanya.

Tingkatkan trafik dengan iklan

Anda juga boleh meletakkan link kepada blog anda di dalam ebook tersebut. Letakkan iklan, banner, atau offer menarik di dalam kandungan ebook anda tersebut. Selain itu, ebook2 yang anda tulis juga boleh diupload discribd dan docstoc untuk mencapai viewership yang tinggi.

Anda boleh meningkatkan trafik kepada blog anda dengan beriklan samada secara percuma atau berbayar di blog atau website yang mempunyai trafik yang tinggi dan pagerank yang tinggi. Pastikan link kepada blog anda itu dofollow. Jika anda mampu design iklan yang menarik dan cantik tentulah lebih ramai orang akan click pada iklan anda tersebut.

Jika anda agak berada, anda boleh cuba beriklan melalui google adwords dan facebook ads. Lagi berbaloi, confirm tinggi trafik cuma anda haruslah mempunyai modal ya!

Tingkatkan trafik dengan membuat review blog

Anda boleh membuat review blog dengan owner blog lain. Maksudnya anda menulis review mengenai blog si A dan si A akan menulis review mengenai blog anda pula. Dengan itu, anda akan mendapat faedah dari linkback yang diberikan si A.

Ruangan Iklan

==>Masa paling sesuai untuk mengeratkan silaturahim? SEKARANG!!!

==>Raya dah nak dekat, jom hantar kad Raya... Special ni!

==>Cara berkesan naikkan trafik !!

==>50,000 shares dan Coca-Cola akan menderma RM50,000! Mari rakyat Malaysia sebarkan semangat Ramadan

6 comments:

  1. wahhhh gud info

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/2011/10/gambar-izara-aishah-yang-cun-lagi-lawa.html

    ReplyDelete
  2. nak buat bantahan skit, youtube no 3 di belakang google dan facebook, yahoo no4, sumber Alexa

    ReplyDelete