Sunday, December 25, 2011

Lindungi Blog & Gmail Anda Dari Hacker

Sila share dan like jika anda meminati post ini :) Setiap hari ada je pengguna blogspot yang menghadapi masalah akaun blogger mereka tidak dapat diakses. Ini kerana akaun gmail mereka di hack oleh oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab atas dasar dengki dan iri hati. Ada juga kes si hacker sekadar suka-suka untuk menghack akaun blogger terbabit sebagai mangsa 'uji kaji'. Kira nak test power teknik hack yang baru mereka belajar.

Kita sebagai pengguna internet harus sedar akan bilangan hacker yang semakin hari semakin meningkat. Langkah keselamatan haruslah dilakukan supaya privasi kita di dunia internet ini dapat dilindungi daripada ancaman dan ugutan hacker.

Berita baik untuk pengguna gmail, kini anda boleh menambah extra perlindungan terhadap akaun gmail anda! Sekiranya hacker berjaya memperoleh kata kunci(password) anda sekalipun, mereka tidak dapat memecah masuk ke akaun gmail anda.

Cara untuk meningkatkan kawalan keselamatan akaun Gmail

1. Log masuk ke akaun Gmail anda.

2. Klik pada link ini --> https://www.google.com/accounts/SmsAuthConfig

3. Klik pada Start Setup.

4. Pilih verification method yang anda mahukan. Jika anda memilih Text Message(SMS) or Voice Call, anda akan menerima verification code di telefon bimbit anda samada melalui panggilan telefon ataupun SMS.

5. Masukkan maklumat sebenar mengenai Negara(country) dan Nombor Telefon(mobile number) anda.

6. Sila pilih samada SMS atau Voice Call mengikut kemahuan anda (aku prefer SMS, senang sikit).


7. Selepas mengisi nombor telefon anda dalam kotak yang disediakan, klik pada Send Code.

8. Pihak google akan menghantar verification code kepada telefon bimbit anda. Masukkan kod tersebut ke dalam kotak yang disediakan dan klik pada Verify.

9. Klik pada Next.
Bagaimana jika anda kehilangan telefon bimbit anda? Penyelesaiannya adalah dengan menyimpan backup code ke dalam komputer anda.
1. Klik pada Next.

2. Anda akan lihat 10 backup verification code. Pilih samada Print Codes(untuk print) ataupun Save to text file(untuk disimpan di dalam komputer anda). Simpan kod tersebut di tempat yang selamat ataupun anda boleh simpan di dalam invisible folder di komputer anda melalui tutorial ini. Jangan hilangkan backup codestersebut kerana ianya amat penting di saat kecemasan.

3. Tik pada kotak dan klik Next.

4. Sekarang, sila isikan nombor telefon alternatif (letak la nombor telefon ayah ke mak ke) dan klik pada Next.

5. Sekali lagi, klik pada Next dan klik --> Turn on 2-step verification.

6. Klik OK.


Selesai! Mulai sekarang, setiap kali anda hendak log masuk ke akaun gmail anda, google akan memintaverification code yang akan dihantar kepada telefon bimbit anda. Kini, akaun gmail anda menjadi lebih selamat daripada ancaman hacker.



Sumber: Klik Sini

Ruangan Iklan

==>Masa paling sesuai untuk mengeratkan silaturahim? SEKARANG!!!

==>Raya dah nak dekat, jom hantar kad Raya... Special ni!

==>Cara berkesan naikkan trafik !!

==>50,000 shares dan Coca-Cola akan menderma RM50,000! Mari rakyat Malaysia sebarkan semangat Ramadan

2 comments: