Tuesday, March 13, 2012

Siapa Joseph Kony? #KONY 2012

Sila share dan like jika anda meminati post ini :)
Joseph Kony (Tengah Baju Putih) pada 1996
























Hangat dihebohkan di laman maya serta beberapa laman sosial mengenai lelaki berkulit hitam dari Uganda ini. KONY 2012. Apa itu KONY 2012? Siapa Joseph Kony yang menjadi 'ikon' dalam #KONY 2012 ini? Mengapa dia menjadi topik perbualan hangat dunia?Serba sedikit, HH telah cuba korek rahsia dan mendapatkan beberapa info 

Joseph Kony - adalah ketua kepada sebuah kumpulan penentang kerajaan di Uganda. Dia memimpin sebuah pergerakan besar yang dinamakan Lord's Resistance Army (LRA) yang ditubuhkan pada tahun 1987. LRA merupakan sebuah organisasi pelampau agama Kristian.

Joseph Kony mendakwa dia merupakan seorang penganut Kristian yang sejati, malah mahu menjadikan negara Uganda sebuah negara Kristian sepenuhnya dengan menerapkan pemerintahan berdasarkan undang-undang teokrasi berdasarkan 10 Perintah Tuhan - Biblical Ten Commandmentsseandainya dia berjaya menumbangkan kerajaan sedia ada.

Joseph Kony adalah merupakan penjenayah perang yang paling dikehendaki dunia (nombor satu).

Kata peguam Mahkamah Dunia - "Salah satu cara untuk menangkap Joseph Kony adalah dengan memberitahu kita sedang dalam percubaan untuk menangkapnya"


Apakah yang menjadikan dia sangat begitu dikehendaki oleh Mahkamah Dunia tetapi dalam masa yang sama, tiada undang-undang atau bukti kukuh yang dapat menyeretkannya ke pengadilan? Dan mengapa Amerika yang kononnya sebagai polis dunia tidak dapat berbuat apa-apa pun dalam hal ini?

  • Tentera LRA pimpinan Kony dianggarkan telah menculik lebih daripada 20 ribu kanak-kanak untuk dijadikan askar dalam gerila LRA.
  • Kanak-kanak perempuan pula diculik untuk dijadikan hamba seks.
  • Kanak-kanak yang diculik diajar agar membunuh ibu bapa mereka sendiri, bertujuan agar mereka tiada lagi kediamaan dipanggil rumah untuk kembali.
  • Kanak-kanak yang baru diculik akan dijadikan sebagai 'askar' untuk memunggah peralatan perang atau menjadi penyampai bekalan kepada gerila LRA.
  • Ada juga antara kanak-kanak ini dijadikan sebagai 'benteng manusia' seandainya diserang oleh pihak tentera.
  • Dikatakan Kony punyai lebih daripada 60 isteri - hasil penculikan.
  • Mereka yang ditahan atau dijadikan tawanan oleh LRA selalunya akan menjadi mangsa kepada keganasan.
  • Kanak-kanak yang diculik yang beri masalah akan dipotong telinga, hidung atau bibir dan dipaksa untuk memakannya.
  • Joseph Kony mendakwa tindakannya adalah merupakan suruhan daripada malaikat - There are eight of these angels, he says -- three American, two Sudanese, two Chinese, and one Congolese.

Untuk lebih info, anda disarankan untuk menonton video berdurasi 30 minit ini - The Invisible Children - satu video mengenai Joseph Kony - usaha untuk menjatuhkannya dan untuk membantu kanak-kanak Uganda.

Semoga paparan ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik - agar sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima sekrang, dan agar kita sentiasa sedar bahawa di sebalik keriangan kita seharian, ada penduduk dunia di sebelah sana sedang merana, hidup dalam penuh ketakutan.

Kata budak dalam cerita ini:

"Lebih baik aku mati sahaja... sebab kalau aku hidup, aku bukan ada masa depan, orang tak bantu aku. Aku tak dapat belajar ...."

"Kalau aku mati ... aku boleh jumpa abang aku ... mungkin di syurga"

Sumber: www.britannica.com



___________________________________________ 
 Jangan Lupa Like Dan Komen Post Ni 
___________________________________________

Ruangan Iklan

==>Masa paling sesuai untuk mengeratkan silaturahim? SEKARANG!!!

==>Raya dah nak dekat, jom hantar kad Raya... Special ni!

==>Cara berkesan naikkan trafik !!

==>50,000 shares dan Coca-Cola akan menderma RM50,000! Mari rakyat Malaysia sebarkan semangat Ramadan

2 comments:

  1. thanks for the info.. I really want to know about him and this is it.. He is so cruel

    ReplyDelete